Wednesday, September 8, 2010

Husna punya cerita

Hari ni, masa tengah bersiap2 nak pegi keje, tetiba rasa cam nak pakai bedak skit (biasa tak pun sebab malas, tapi hari ni ade sikit rajin tu). Memula, sapu la base. Husna pun nyibuk nak menyelit gak.



Husna: Ibu buat apa tu?

Ibu: Sapu cream kat muka Ibu... (endah tak endah je)

Husna: Nak tengok.. nak tengok..

Ibu: Nak tengok apa?

Husna: Nak tengok, hilang tak parut2 Ibu (dengan selamba, tanpa rasa was was lagi)

Ibu: Hahahah.... (terus rasa tertelan air liur)



Mana la anak Ibu belajar cakap macam ni ye.



Tak lama lepas tu, Husna g kat nenek pulak.



Husna: Nenek nenek...

Nenek: Ye, ada apa...

Husna: Nenek tau tak, hantu ada di mana2...

Nenek ngan seisi rumah terus ketawa cam apa...

Satu lagi statement Husna yang agak mencabar jiwa. Camne aku nak explain kat Husna nih...???

Saturday, September 4, 2010

Anggerik??

Weekend ni adalah weekend terakhir sebelum raya. So..... segala preparation raya HARUSlah disiapkan minggu ni jugak. Hihihi... Macam la banyak sangat nak di'prepare'kan.... Senarai kerja tak banyak, cuma bertambah sikit je ngan kehadiran permata hati IBU yang ke-3, AHMAD ZAKWAN. To start off with, ni la senarai kerja yang MESTI IBU buat minggu ni jugak. Kalo tak, tak raya kot?





Senarai kerja IBU (ngan AYAH la skali kan.....)


1. Siapkan atau lebih sesuai lagi, belikan baju anak-anak...


2. Beli juga ambil tempahan2 baju2 IBU ngan AYAH...


3. Kemas rumah, supaya berseri2 di Hari Raya ini (walaupun hakikatnya kita raya di perantauan tahun ni???)...


4. Er.... ape lagi ah? Buat senarai kerja la kot? Huhuhu... Senarai kerja pun tak siap lagi. Camne ni?


Haha... post yang dah basi leh kan... Tak sempat nak completekan last week. Almaklumlah, sibuk membeli belah (tak boleh belah) kat Anggerik Mall(AM). Kira puas hati la jugak dapat beberapa baju tuk anak2, none for IBU nor AYAH huh...



Satu set baju (1 baju kurung Husna, 1 baju kurung Amani, 1 baju melayu Zakwan): Purplish brown, siap bermanik2 lagi, kat BAK collection. First time bli kat sini. 4 star tuk budak yang layan kitorang hari tu.



Then, sepasang baju kurung Husna ngan Amani lagi, sangat colourful ngan corak2 daunnya. Ni kat Farah kids. Last year pun bli kat sini gak.



Niat di hati nak cari tudung raya lagi, tapi takde yg mengancam jiwa. Takpe.... esok perhaps? Hahaha...

Thursday, August 19, 2010

Happy Anniversary Sayang!


Terasa cepat betul masa berlalu... Pejam celik, pejam celik... dah 5 tahun kita kahwin kan... Anak pun dah 3. ;)

Di kesempatan yang ada ni, I nak ucapkan terima kasih kerana sudi menerima diri I seadanya. Kalau tak nak pun, kena terima la jugak, k... ;P

Terima kasih atas kenangan-kenangan indah..... masa dulu, kini dan selamanya!

Semoga mahligai perkahwinan kita bersinar dengan cahaya Iman dan Islam, Sayang...

I luv u soooo... much. U r the one that I care... So, please do care about me... ;)


Sunday, August 8, 2010

Tak stress


Orang kata: Jangan fikir pasal benda2 negative, sbb itu menarik unsur2 negative dalam hidup kita.

Aku kata: Macam mana tak nak fikir kalau benda2 tu ada terbentang di depan mata.


Orang kata: Sayangilah orang yang berada di keliling kita

Aku kata: Macam mana nak sayang kalau aku tak rasa pun macam disayangi... :(


Orang kata: Kerja rajin2...

Aku kata: Macam mana nak kerja rajin2 kalau hati pun separuh sana, separuh sini?


Orang kata: Biar orang buat kat kita, tak luaknya...

Aku kata: Luka di luar semua orang pun nampak. Lubang kat dalam hati ni macam mana aku nak repair?


Friday, June 4, 2010

Bila nak deliver ni Dr?

Bila nak deliver ni?
EDD 27/4/2010..
...esok kot...
-ntah, Jumaat ni la agaknya.
:)
:-)
:-S
.......
......
.....
....
...
..
.
Anak lelaki ke perempuan?
lelaki..
Anak pertama ke?
No 3 dah...
..
.

Those are the questions that I've to answer many many times a day. Kadang2 ok, tapi at times rasa irritated pun ada. How on earth do I know? Do you know? Hehehe..

Saat yang dinanti akhirnya tiba... Last appt jumpa Dr Seri 28/4/2010.. Contraction? Braxton Hicks? Still not sure walaupun anak dah nak masuk 3! Hihihi... Finally I was given a date for IOL (induction of labour) on 1/5/2010. Since there were a few of Dr Seri's patient coming on the same day, so it was a wonderful, great delivery day for my baby, my hubby, my hubby and me of course!

Segala jenis exercise dah dibuat. Turun naik tangga, stretching-siap beli exercise mat & the big ball tu lagi, window shopping- KLCC, Jusco Maluri, GE Mall.. semua dah pegi. Bukan sekali, berkali-kali... Siap practice hypnobirthing lagi tu...


Ni la buku hypnobirthing tu. Susah nak cari kat M'sia ni. Kat MPH- dah habis stock. Order online, 2 minggu baru dapat. Last2, g redah sampai Puchong. Baru la dapat. Sempat la baca skit2, pastu practice sorang2 ngan CD. Overall, buku ni ajar macam mana nak jadi positif masa prengnant & delivery. Mungkin lebih meaningful kalau attend class kot.. (tak sempat nak pegi sbb class paling awal pun ada middle of May- dah deliver by then).

Friday, February 12, 2010

Buzzzzz..... I'm back!

Welcoming myself back to the "IT world" after being DORMANT for months!! Thanx to my beloved hubby who actually 'forces' me to update my blog. Too many things to be updated though. Anyway I'm happy doing this come back. Hohoho...
Should I go forward or back ward now? Hihihi.... To many things to write?? Today is already 13/2/2010. 1 day to my 'lil Amani's 2nd birthday-14th February. Didn't prepare a huge birthday party this time around. Maybe just a small gathering/ day out with Ayah, Ibu and you big sis- Husna, darling. But not to worry of birthday cake since Ibu has ordered many cupcakes for you... and us to eat later, somewhere around next week.


Nice huh? Ok.... till next time... Ta daaa......

Wednesday, June 24, 2009

Dan Sebenarnya- Yuna

Dah lama suka lagu ni. Tapi ntah kenapa hari ni telebih feel pulaknya. Takpe, layannn.....
oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila kau bersama yg lain
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyumanmu itu kau juga merindui aku
ku enggan berpura-pura ku bahagia
ku enggan melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu telah menular dalam diri
pabila kau bersama yang lain
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
pabila kau merenung matanya
kurebah jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti kubernafas dalam air

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh–