Wednesday, September 8, 2010

Husna punya cerita

Hari ni, masa tengah bersiap2 nak pegi keje, tetiba rasa cam nak pakai bedak skit (biasa tak pun sebab malas, tapi hari ni ade sikit rajin tu). Memula, sapu la base. Husna pun nyibuk nak menyelit gak.



Husna: Ibu buat apa tu?

Ibu: Sapu cream kat muka Ibu... (endah tak endah je)

Husna: Nak tengok.. nak tengok..

Ibu: Nak tengok apa?

Husna: Nak tengok, hilang tak parut2 Ibu (dengan selamba, tanpa rasa was was lagi)

Ibu: Hahahah.... (terus rasa tertelan air liur)



Mana la anak Ibu belajar cakap macam ni ye.



Tak lama lepas tu, Husna g kat nenek pulak.



Husna: Nenek nenek...

Nenek: Ye, ada apa...

Husna: Nenek tau tak, hantu ada di mana2...

Nenek ngan seisi rumah terus ketawa cam apa...

Satu lagi statement Husna yang agak mencabar jiwa. Camne aku nak explain kat Husna nih...???

1 comment:

phentermine said...

Phentermine...

nice post thanks for sharing.

http://www.PhentermineHome.com/